Liu Xiaobo

Liu Xiaobo (Cina ringkas: 刘晓波; pinyin: Liú Xiǎobō; 28 Disember 1955 – 13 Julai 2017) ialah seorang pengkritik sastera, penulis dan aktivis hak asasi manusia Cina di China dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010. Beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik di Jinzhou, Liaoning.[2][3][4] Pada 26 Jun 2017, beliau didiagnosis kanser hati terminal dan beliau meninggal dunia di hospital pada 13 Julai 2017.[5]Beliau berkhidmat sebagai Presiden Independent Chinese PEN Center sejak 2003. Pada 8 Disember 2008, Liu ditahan kerana penyertaannya dengan manifesto Charter 08. Beliau secara rasmi ditangkap pada 23 Jun 2009, dengan disyaki "menghasut subversi terhadap kuasa negara."[6][7]Beliau kemudiannya dibicarakan di atas dakwaan yang sama pada 23 Disember 2009, dan dihukum penjara sebelas tahun dan perlucutan dua tahun hak politik pada 25 Disember 2009.Semasa di penjara, beliau telah diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010 pada 8 Oktober 2010 untuk "perjuangan tanpa kekerasan dan lama untuk hak asasi manusia di China."[8][9] Beliau merupakan warganegara China pertama dianugerahkan Hadiah Nobel yang menetap di China.[10] Beliau merupakan orang ketiga diberikan Hadiah Keamanan Nobel ketika dalam penjara atau tahanan, selepas Carl von Ossietzky di Jerman (1935) dan Aung San Suu Kyi di Myanmar (1991). Liu merupakan orang pertama tidak mempunyai seorang wakil pun untuk menerima hadiah Nobel tersebut pada 10 Disember.[11][12]

Liu Xiaobo

Pekerjaan Penulis, pengulas politik, aktivis hak asasi manusia
Nama asal 刘晓波
Pasangan Tao Li (bekas isteri)
Liu Xia[1] (k. 1996; kematiannya 2017)
Anugerah Hadiah Keamanan Nobel
Meninggal dunia 13 Julai 2017(2017-07-13) (umur 61)
Shenyang, Liaoning, China
Warganegara ChIna
Pendidikan Universiti Jilin University
Beijing Normal University
Kelahiran (1955-12-28)28 Disember 1955
Changchun, Jilin, China

Rujukan

WikiPedia: Liu Xiaobo http://www.bbc.com/news/world-asia-40403416 http://www.bbc.com/news/world-asia-china-40597514 http://www.bbc.com/news/world-asia-china-40603059 http://cn.chinareviewnews.com/doc/1010/0/3/6/10100... http://www.cmu1h.com/default/content/index/i/2083 http://rendezvous.blogs.nytimes.com/2012/07/23/an-... http://www.reuters.com/article/worldNews/idUSTRE55... http://www.time.com/time/specials/packages/article... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://ppd.cecc.gov/QueryResultsDetail.aspx?Prison...